CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 29 Januari 2009

ASAL USUL KG ANAK GAJAH.



KAMPUNG ANAK GAJAH

Kg Anak Gajah terletak di kawasan Batu Balai dalam daerah Jerantut. terletak di km 40 jln Benta-Jerantut

penduduknya terdiri dari masyarakat melayu mojeritinya berasal dari kelantan. Kg Anak Gajah di buka pada awal tahun 60 an oleh beberapa individu yang merantau dari kelantan. Mereka meneroka tanah hutan, menebas menebang dan bercucuk tanam dan berkebun.. tanaman utama peneroka baru ketika itu adalah getah.di samping tanaman kontang seperti padi bukit,pisang,keledek,jagung,dan lain-lain...



CHE DERAMAN CHE SOH

Di antara peneroka awal yang membuka perkampungan ini termasuklah CHE DERAMAN CHE SOH.(Pakcik deraman) CHE YAAKOB allayarham(paksu kob) CHE HARUN. CHE ISHAK allahyarhamALI BIN SENIK dan beberapa ramai lagi penduduk kebanyakan telah kembali kerahmatullah dan sekaran tinggal sebilangan sahaja generasi pertama.. kini generasi kedua mewarisi dan meneruskan perjuangan yg belum selesai..

Dulu kg anak gajah di kenali sebagai kg batu 35 bukit kor batu balai. Menurut cerita peneroka awal kg anak gajah iaitu Che Deraman Che soh. Dalam tahun 1964 ketika hasil tamanan pertanian di kg itu mula mengeluarkan hasil .Pada sebelah malam sekumpulan gajah telah memasuki kebun dan merosakan tanaman dan hasil pertanian.

bila siang mejelma gajah-gajah tersebut masuk semula ke hutan.. pada suatu hari ketika kumpulan gajah tersebut masuk kehutan terdapat seekor anak gajah yang tersesat dari kawanan gajah dewasa dan di tinggalkan ibunya.Lalu penduduk kg tersebut menangkap anak gajah tersebut dgn menggunakan rotan. lalu di tambat di sebatan pokok. dan di beri makan oleh penduduk kg. apabila di hampiri di dapati anak gajah tersebut telah tercerdera di kaki terkena duri pokok bayas.. setelah mendapat kata sepakat. penduduk kg telah memberitahu kepada jabatan perhilitan. dan jabatan perhilitan membuat pematauan di mana mendapati kecederaan anak gajah tersebut sangat serius dan tak dapat di ubati lagi.setelah bermesyuarat akhirnya keputusan di buat.. anak gajah tersebut di tembak mati.. peristiwa tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Tan Sri Ghazali Shafie.. di mana dia datang ke kg tersebut untuk melihat sendiri... dan telah bersetuju anak gajah tersebut di tembak.... lalu di kubur kan di kg tersebut. Pada awal tahun 1965 Tan Sri Ghazali Shafie telah datang ke kg tersebut dan dengan rasminya memberi nama kampung batu 35 bukit kor sebagai

" KAMPUNG ANAK GAJAH BATU BALAI JERANTUT PAHANG "

sumber- rujukan.............Che Deraman Che soh....peneroka asal Kg Anak Gajah.

Rabu, 28 Januari 2009

MAJLIS AS-SURA DI KG ANAK GAJAH

MAJLIS BUBUR AS-SURA
ABE MI
TUAN RUMAH
MIRA @ NORA
SUASANA SEDANG MENGACAU BUBUR AS-SURA
GAMBAR BAWAH

Khamis, 1 Januari 2009


TOK AYAH HARUN
BERSANTAI DI KERUSI MALAS